Nasi Lemak Sambal Sotong
Monday, July 4, 2011
Kenaikan harga
Sejajar dgn kenaikan barang2 mentah maka harga menu makanan juga terpaksa dinaikkan untuk menampung kos. Tapi jangan risau ye sebab harganya masih lagi rendah dan 'reasonable'
Sunday, May 2, 2010
Menu Baru
Kepada peminat susu lembu, sekarang di gerai kami sudah menyajikan susu lembu asli, tiada campuran, segar dari ladang. Susu dihasilkan dari lembu tenusu New Zealand, dan diberi makanan khas untuk menghasilkan susu yang berkualiti. Ladang lembu terletak di Sg Buloh dan kami menerima bekalan susu 2 hari sekali.
Harga untuk segelas susu hanya RM2.50, memang sedap..silalah berkunjung ke gerai nasi lemak sambal sotong untuk merasainya sendiri
Harga untuk segelas susu hanya RM2.50, memang sedap..silalah berkunjung ke gerai nasi lemak sambal sotong untuk merasainya sendiri
Thursday, November 19, 2009
Senarai harga makanan
Askm..alhamdulillah..makin ramai pelanggan baru yang mengunjungi gerai kami..
kepada pelanggan yg mengenali dan mengunjungi gerai melalui blogspot ini, sila tegur & beritahulah kami, ada yg istimewa menanti anda..
Oleh kerana di gerai masih tiada lagi senarai harga makanan, maka di sini saya sertakan utk rujukan
1. Nasi lemak biasa RM1.20
2.Nasi lemak biasa + telur mata RM1.70
3.Nasi lemak lauk sambal sotong RM3.50
4.Nasi lemak lauk ayam RM3.50
5.Nasi lemak lauk rendang daging RM3.00
6.Nasi lemak lauk paru RM3.00
7.Nasi lemak lauk ikan bilis kentang RM3.00
8.Nasi lemak lauk kerang RM3.00
#setiap tambahan 1 lauk + RM1 je..
untuk minuman pula macam biasa la
1.Teh/kopi o panas (gelas kecil) RM0.80, teh/kopi o ais RM1.00
2.Teh/kopi panas (gelas kecil) RM1.00, teh/kopi ais RM1.20
3.Milo/nescafe o panas RM1.30, milo/nescafe ais RM1.50
4.Milo/nescafe panas RM1.50, milo/nescafe ais RM1.70
5.kopi peket RM2.00
Harga adalah berpatutan kerana kami menggunakan bahan yg berkualiti spt susu pekat F&N,beras Jati,santan & cili boh yg segar tanpa bahan pengawet.
Jemput datang ke gerai nasi lemak sambal sotong!!

Saturday, August 8, 2009
Ramadhan bakal menjelma
Bersempena Ramdhan yg akan tiba (lebih kurang 2 minggu lagi), di sini kami ingin maklumkan bahawa kami tidak akan berniaga di sepanjang bulan puasa ini. Mungkin kami akan mula tutup gerai 2 hari sebelum puasa (puasa dijangka jatuh pd 22 Ogos). Tukang masaknya (mak aku la) nak berehat di sepanjang bulan puasa ini. Gerai akan dibuka semula mungkin seminggu raya.
Tuesday, July 28, 2009
Nasi Lemak Sambal Sotong Istimewa AU3
Gerai nasi lemak yang menyajikan nasi lemak berlauk dengan lauk sambal sotong menjadi kegemaran ramai. Selain itu lauk seperti rendang daging, sambal kerang, paru dan ikan bilis kentang juga mampu membangkitkan selera anda. Anda juga boleh meminta nasi putih untuk dimakan bersama lauk-pauk tersebut sebagai alternatif kepada nasi lemak. Jika anda berkunjung pada waktu pagi anda akan dapat menikmati juadah sampingan seperti nasi himpit yang dimakan bersama kuah kacang dan kuah lodeh serta kuih muih. Kadang-kala lauk tambahan lain seperti sambal sardin, udang @ ikan bilis petai, bawal sambal, kari ayam @ daging akan dimasak juga.
Semua bahan-bahan masakan digunakan dari bahan yang berkualiti dan segar, serta terjamin kebersihannya. Lauk pauk dimasak oleh ibu mertua saya Hjh Patemah bt Manan @ mesra dipanggil Kak/Makcik Nah. Resepi lauk sambal sotongnya sukar ditiru walaupun beliau memberi resepi yang sama biasa dimasaknya. Agaknya inilah yang dikatakan air tangan.
Gerai ini adalah salah satu gerai yang didirikan oleh MPAJ, terletak di AU3, Keramat, Kuala Lumpur. Sebelum ini gerai nasi lemak kami telah beroperasi selama 20 tahun di tempat yang sama secara kecil-kecilan sahaja. Kebanyakan pelanggan tetap kami telah mencapai ke 3 genarasi masih datang menikmati nasi lemak di sini.

Subscribe to:
Posts (Atom)