Gerai nasi lemak yang menyajikan nasi lemak berlauk dengan lauk sambal sotong menjadi kegemaran ramai. Selain itu lauk seperti rendang daging, sambal kerang, paru dan ikan bilis kentang juga mampu membangkitkan selera anda. Anda juga boleh meminta nasi putih untuk dimakan bersama lauk-pauk tersebut sebagai alternatif kepada nasi lemak. Jika anda berkunjung pada waktu pagi anda akan dapat menikmati juadah sampingan seperti nasi himpit yang dimakan bersama kuah kacang dan kuah lodeh serta kuih muih. Kadang-kala lauk tambahan lain seperti sambal sardin, udang @ ikan bilis petai, bawal sambal, kari ayam @ daging akan dimasak juga.
Semua bahan-bahan masakan digunakan dari bahan yang berkualiti dan segar, serta terjamin kebersihannya. Lauk pauk dimasak oleh ibu mertua saya Hjh Patemah bt Manan @ mesra dipanggil Kak/Makcik Nah. Resepi lauk sambal sotongnya sukar ditiru walaupun beliau memberi resepi yang sama biasa dimasaknya. Agaknya inilah yang dikatakan air tangan.
Gerai ini adalah salah satu gerai yang didirikan oleh MPAJ, terletak di AU3, Keramat, Kuala Lumpur. Sebelum ini gerai nasi lemak kami telah beroperasi selama 20 tahun di tempat yang sama secara kecil-kecilan sahaja. Kebanyakan pelanggan tetap kami telah mencapai ke 3 genarasi masih datang menikmati nasi lemak di sini.
No comments:
Post a Comment